Hikayat cerita ini adalah berkisarkan mengenai sejarah pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung pada abad ke 12 masihi. Pengarang mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan legenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat sama ada bersifat tempatan, hindu dan sebagainya.Kemuncak cerita ini adalah apabila Merong Mahawangsa terselamat daripada serangan burung garuda ketika mengiringi rombongan Putera Rom ke China untuk tujuan perkahwinan telah melarikan diri sehingga tiba di sebuah kawasan yang bernama Langkasuka. Disinilah beliau diangkat sebagai raja oleh masyarakat setempat kerana keberanian beliau yang luar biasa.Pada akhir cerita tersebut pengarang dilihat mula meriwayatkan sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dengan sebenar-benarnya selepas kemasukan agama islam. Agama islam bermula apabila Syeikh Abdullah Yamani telah mengimslamkan Raja Phar Ong Mahawangsa yang telah menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah. Kedatangan islam dilihat telah membawa sinar baharu dan menjadi titik kegemilangan kerajaan Kedah pada ketika itu.
Novel Juara
Juara mengisahkan Mamat dan anak-anak buahnya yang terdiri daripada Mat San, Seli, Jali, Sani dan Salim. Abang Lazim juga merupakan antara rakan seperjuangan mereka namun telah mati ditembak selepas mereka memenangi laga lembu. Abang Lazim telah dibunuh oleh Pak Isa, Dolah Munduk dan ahli kumpulan mereka yang lain kerana tidak puas hati akan lembu Abang Lazim, iaitu Calet yang telah mengalahkan lembu mereka, Langsat.
Mamat merupakan ahli politik yang meletak jawatan setelah gagal dalam pilihan raya sebanyak dua kali walaupun beliau merupakan antara orang yang kuat memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mamat meletak jawatan atas alasan rakyat tidak lagi memerlukan beliau untuk terus berkhidmat malahan telah wujud beberapa pesaing yang lebih hebat daripada parti pertubuhan lain.
Setelah kalah dalam politik di Kelantan, Mamat telah berpindah ke Siam dan mula mendekatkan diri dalam aktiviti melaga lembu melalui Abang Lazim. Kehebatan Mamat dalam bidang laga lembu ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana beliau dapat menilai lembu malahan beliau semakin dihormati dalam kalangan anak buahnya. Mamat sebenarnya ingin menuntut bela atas kematian Abang Lazim, iaitu sahabatnya. Hal ini berlaku kerana kemenangan yang diperoleh Abang Lazim dan Mamat melalui lembunya, Calet yang akhirnya menyebabkan berlakunya pembunuhan tragis yang dilakukan oleh Dolah Munduk, iaitu orang kanan Pak Isa. Keadaan ini berlaku kerana rasa tidak puas hati antara Pak Isa dengan Abang Lazim dan Mamat kerana mereka merasakan bahawa Mamat telah melakukan penipuan dalam pertandingan laga lembu tersebut.
Selepas Abang Lazim dan Calet telah mati ditembak oleh Dolah Munduk, Mamat mula melatih Aral, iaitu lembu muda. Setahun selepas peristiwa berdarah tersebut, Aral akan beradu dengan seekor lembu dari Pulau Lonel yang merupakan lembu Pak Isa. Sebelum berlakunya pertarungan juara tersebut, Pak Isa telah membuat persediaan yang rapi terhadap lembunya dengan membalut tanduk lembunya dengan besi agar lebih tajam. Hal ini bertujuan untuk membunuh Aral, iaitu lembu muda yang telah dilatih oleh Mamat. Namun, pada hari kejadian tersebut bukanlah pertarungan laga lembu tetapi pertarungan hebat antara Pak Isa dengan Mamat. Hal ini kerana Pak Isa masih tidak berpuas hati dan berdendam atas kekalahannya pada suatu ketika dahulu manakala Mamat pula berdendam atas kematian Abang Lazim. Dalam pertelingkahan yang berlaku antara Mamat dengan Pak Isa telah membawa kepada kematian Pak Isa yang telah mati ditembak oleh Mamat di hadapan semua penyokong laga lembu. Suasana politik yang tidak menentu di Selatan Thailand dan hubungan erat antara masyarakat Melayu Kelantan tidak dapat disangkal lagi. Malahan, penulis juga berusaha untuk menjelaskan bahawa wilayah Selatan Thailand seperti Pattani, Narathiwat dan Yala merupakan wilayah Melayu yang sepatutnya menjadi daerah Kelantan.